Tips Menaiki Bas

Posted: under Tips.
Tags: , ,

Kebelakangan ini nahas membabitkan bas ekspress menjadi-jadi dan bagaikan bermusim. Setiap kejadian yang berlaku adalah ketentuan dari Allah yang Maha Berkuasa.

Saya ingin memberikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu mengurangkan risiko kecederaan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

1. Pilihlah syarikat yang mempunyai reputasi yang baik dan kurang terlibat didalam kemalangan jalan raya. (kemalangan dengan serangga tidak diambil kira)

2. Rancang perjalanan-Beli Tiket anda sebulan lebih awal, kerana antara faktor kemalangan adalah kurangnya perancangan.

3. Berkenalanlah dengan En. Pemandu bas tersebut. Kerana anda akan lebih mengenali En.Pemandu dengan lebih dekat samada dia seorang yang pemarah, pengotor atau pelumba haram (bekas mat rempit la ni).

4. Pilihlah kerusi di bahagian paling tengah dan bersebelahan lorong laluan, kerana jika berlaku kemalangan samada dari depan, belakang, atau pun bahagian sisi, anda masih sempat berbaring di lorong yang sudah pasti kekosongannya itu.

Sentiasalah berdoa kepada Allah minta agar perjalanan anda selamat dan bebas daripada sebarang dari kejadian yang tidak diingini.

Comments (0) Apr 23 2009

Bukit Yang Mewah dan Selut Di Kampung

Posted: under Isu Semasa.
Tags: ,

Seluruh rakyat Malaysia saya pasti berkampung di depan kaca-tv mereka sejak  seminggu yang lalu untuk menonton berita yang begitu mengejutkan semua rakyat Malaysia. Empat nyawa terkorban dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal di Bukit Antarabangsa.

Salam takziah buat mereka yang kehilangan anggota keluarga dan simpati buat mereka yang terlibat secara langsung.

Kejadian ini satu lagi tanda akan Kekuasaan Yang Maha Esa, dan betapa kerdilnya kita di bumi Allah ini.

Kata orang, jangan berumah di tepi pantai kalau takut dibadai ombak. Saya rasa ungkapan ini sesuai bagi mereka yang berumah di kaki-kaki bukit mahupun di atas puncak bukit. Bukan untuk menyalahkan mereka, tapi sekadar ingin menyatakan kebenaran, salah siapa? Tepuk dada tanyalah selera bak kata Karam Singh Walia.

Read the rest of this entry »

Comments (0) Dec 17 2008

azmijahaya.net

Posted: under Info.
Tags:

Laman web rasmi saya telah bertukar dari www.azmijahaya.com kepada www.azmijahaya.net. Pertukaran ini di harap sementara sahaja kerana terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Terima kasih kepada anda yang sudi melayari website ini.

Comments (0) Nov 21 2008

Ke Mana Wang 10% Anda Di Belanjakan!!

Posted: under Perancangan Kewangan.
Tags: , , , ,

Piramid Pendapatan

70 % Perbelanjaan

Kebanyakkan dari peruntukan perbelanjaan kita digunakan bagi tujuan di bawah.

  • Makanan (Foods)
  • Pakaian
  • Pinjaman

· Kereta

· Rumah

· Peribadi (Personal Loan)

· Court Mammoth

· Lain-lain pinjaman kecil

  • Minyak/ Tol/ Parking
  • Perubatan (Panadol)
  • Pendidikan

· Wang saku

· Tambang Bas

· Tuisyen Anak-anak

  • Utilities

· Elektrik

· Telefon

· Air

· Cukai Pintu

  • Services

· Road Tax

· Insurans kereta

· Servis berkala

· Sparepart (alat ganti kereta)

  • Cukai / Zakat

  • Luxuries (Kemewahan)

· Makanan Tambahan (Food Supplements)

· Kosmetik

· Accessories

Read the rest of this entry »

Comments (0) Nov 17 2008

Baru belajar

Posted: under Photography.
Tags:

Macamana dengan gambar ni?. Ini la pemandangan gunung keriang, kampung halaman saya. Saya ambil masa nak pi kerja. Pemandangan waktu pagi. Saya baru belajar pasal “picture editing” menggunakan cs3 dengan sifu photography saudara azr. Maaflah kalau tak berapa cantik. Baru belajar mengenali tools. Saya memang berminat pasal photography. Dah banyak gambar saya tangkap, tapi tak pandai edit. Kalau berkesempatan, saya akan post kan lagi gambar-gambar menarik kat tempat saya ni. Saudara azr boleh di lawati di www.azr.my.

Comments (0) Oct 27 2008